Popular Posts

Bangunan Majlis Belia Daerah Pekan















Dibina pada tahun 1927 sebagai Quarters Tentera British oleh JKR Pekan, selepas itu bangunan ini diambil alih oleh tentera Jepun dan kemudian jatuh semula ke tangan British. Kemudian dijadikan Kediaman Pengelola Bijaya Diraja kepada Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah iatu: 1. Tuan Sheikh.......berasal dari Pakistan. Beliau menetap kurang daripada 10 tahun. 2. Allahyarham Dato’ Kurnia Wira Kapten (B) Hj. Mohamad Ali bin Mohammad, KMN., SMP., MBE., RD., CSTJ., OFTJ, PJK. Berasal dari Kg. Kerdau, Temerloh Pahang menetap lebih daripada 10 tahun. Beliau juga adalah merupakan Presiden Penaja Majlis Belia Negeri Pahang pada tahun 1972. Bangunan ini terbiar selama beberapa tahun selepas kematian Kapten (B) Hj. Mohd Ali. Dari tahun 1983 hingga tahun 1991 dijadikan Tadika Islam Daerah Pekan dan mulai pada 29 Sept 1997 hingga sekarang diambil alih oleh Majlis Belia Daerah Pekan. Bangunan ini turut menjadi pejabat / pusat kegiatan bagi Badan Gabungan yang bergabung dengan Majlis Belia Daerah Pekan diantaranya ialah :- Kelab Belia Malaysia Kawasan Pekan (MAYC), Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Parlimen Pekan, Persatuan Bulan Sabit Merah (M) Cabang Pekan (PBSM), Persekutuan Pengakap Tempatan Daerah Pekan, Kelab Bell Belia Tamil Pekan (KBBT), Persatuan Pandu Puteri Daerah Pekan, Persatuan Puteri Islam Daerah Pekan, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Daerah Pekan (GPMS), Angkatan Belia Islam Malaysia Kawasan Pekan (ABIM), Majlis Belia Felda Kawasan Pahang Timur (MBF) dan beberapa lagi.

Majlis Belia Daerah Pekan merupakan Badan Induk kepada semua persatuan belia di Daerah Pekan dan menerima Bantuan Pentadbiran daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan hakmilik penuh bangunan ini oleh Pejabat Tanah Dan Daerah Pekan.

No comments:

Post a Comment